
SHAH ALAM – Bekalan air di beberapa kawasan pengguna yang terjejas akibat pencemaran di Sungai Selangor pada minggu lepas, dijangka pulih sepenuhya Sabtu ini.
Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata sehingga 2 petang ini, pihaknya dimaklumkan bekalan air di hampir kesemua kawasan terjejas telah pulih namun pemantauan berterusan akan tetap dilakukan sehingga esok.
“Tetapi kalau ikut keadaan semasa, kita jangka pemulihan akan berlaku lebih awal,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Citra Aidilfitri Kelab Briged Penyelamat Sungai (BPS) di sini hari ini. – BERNAMA
0 komentar:
Posting Komentar