Tampilkan postingan dengan label bn. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bn. Tampilkan semua postingan

Senin, 30 Desember 2013

Jadi kempen politik BN k’jaan didesak tukar lagu tema Merdeka

- 0 komentar

(Oleh Aliff Fikri)
KUALA LUMPUR 3 Ogos: Pertama kali dalam sejarah negara, lagu tema Hari Kebangsaan dijadikan kempen untuk menyampaikan agenda parti politik.
Mengecam tindakan itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak kerajaan Umno Barisan Nasional menarik balik lagu tema ‘Janji Ditepati’ yang disalahguna sebagai medium untuk kempen politik mereka.
“Tidak pernah berlaku dalam mana-mana lagu patriotik khususnya untuk sambutan Hari Kebangsaan, gubahan liriknya secara langsung mengaitkan dasar ‘one-off’ kerajaan seperti yang dilakukan sekarang dengan menyebut perihal BR1M, KR1M dan Klinik 1Malaysia.

“AMK mendesak kerajaan tanpa sebarang kompromi menalik balik lagu tema tersebut dan memanggil karyawan muzik negara untuk kembali mengubah lagu baru yang lebih menepati jiwa dan semangat kemerdekaan tulen,” kata Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Kerajaan kata Shamsul, harus berhenti mempropagandakan segala perkara di bawah kawalan mereka kerana selagi tabiat jelek ini diteruskan, rakyat akan menolaknya tanpa kompromi.
“Ini menunjukkan sindrom ‘hilang idea’ sehingga terpaksa mencedok isu-isu yang tidak berkait dengan Hari Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menempelak Umno BN kerana meniru melodinya dari Indonesia.
“Pendedahan terbaru di ruang maya yang menyaksikan wujudnya persamaan melodi lagu tersebut dengan lagu sambutan keagamaan gereja di Indonesia, maka ini memperkuatkan lagi dakwaan bahawa kerajaan bukan sekadar semberono mempropagandakan lagu tema tetapi turut menciplak karya orang lain,” kata Shamsul.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim turut dibidas kerana mengenepikan karyawan dengan membuat keputusan sendiri berhubung Hari Kebangsaan tahun ini.

“Jika diteliti, saban tahun terdahulu, kelompok karyawan diraikan melalui pertandingan mencipta logo ataupun lagu tema bagi sambutan Hari Kebangsaan. Tetapi Rais Yatim terbukti tidak meletakkan dirinya di era moden ini dengan membuat keputusan sehala tanpa mengambil kira pandangan khalayak,” tegas beliau.

Inisiatif kerajaan tahun ini melalui Kementerian Penerangan bagi meraikan Hari Kebangsaan mencetuskan kontroversi dan mendapat kecaman pelbagai pihak kerana menjadikannya agenda politik parti pemerintah.
Dalam perkembangan berkaitan, Rais mengumumkan penubuhan panel siasatan bagi menyiasat lagu kemerdekaan yang didakwa menciplak lagu gereja Indonesia.
Short URL: http://www.keadilandaily.com
[Continue reading...]

Jumat, 20 Desember 2013

Terdesakkah UMNO BN Adakan PRU Pada Musim Haji

- 0 komentar

Share
Najib pertahan praya di musim haji

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan langkah mengadakan pilihan raya ketika musim haji dengan alasan, perkara seperti itu pernah dijalankan sebelum ini.

Katanya pilihan raya ketika musim haji itu pernah diadakan sebelum ini.

"Saya takkan terikat pada apa-apa desakan pada PAS dan pemimpinnya. Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji.

"Musim haji pernah diadakan masa (seorang bekas perdana menteri) pada tahun 86 atau 82," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini.

Pada ketika itu, seorang anggota jawatakuasanya dicalonkan dalam pilihan raya tersebut.

Namun calon berkenaan tidak dapat dihubungi kerana berada di Mekah pada waktu itu.
"Jadi bila dia balik, dia terimalah hakikat bahawa dia tidak dapat jadi wakil rakyat," katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengambil peluang untuk menyindir timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang memintanya bertanggungjawab sekiranya pilihan raya umum diadakan pada waktu itu.

"Dia lebih daripada Tuhan tentukan soal dosa dan pahala. Sebab kita tak sekat sesiapa nak pergi haji. Dia (orang nak pergi haji) pergi haji, pergilah.

"Dan itu mesti diutamakan bukan soal apa-apa urusan lain termasuk pilihan raya. Kalau dah buat ketetapan nak tunai haji, kita mesti teruskan," kata Najib.

Pinda perlembagaan

Sementara itu, Bernama melaporkan Najib sebagai berkata bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika pilihan raya umum hendak diadakan selepas tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal.

Katanya, tiada apa-apa yang menyekat kerajaan untuk mengadakan pilihan raya umum lebih awal atau menunggu sehingga cukup tempoh lima tahun mentadbir negara.

"Perlembagaan negara membenarkan Perdana Menteri pada masa berkenaan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen, tapi tidak lewat dari tempoh lima tahun. Itu peruntukan Perlembagaan.

"Selagi tak ubah peruntukan Perlembagaan, kita tak boleh kata kita perlu buat lebih awal sebagai satu ketetapan atau sampai penghujung lima tahun sebagai satu ketetapan. Maknanya kuasa budi bicara itu dibenarkan oleh Perlembagaan," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Parlimen semalam bahawa kerajaan sedang melakukan gerakan kecil-kecilan untuk mempertimbang bahawa pilihan raya umum diadakan apabila tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal. -mk
[Continue reading...]
 
Copyright © 2012. Kumpulan artikel - Posts · Comments
Powered by Blogger